Tuan Tanah..

Tuan Tanah..
Welcome To My Blog Dear...

Thursday 5 August 2010

Isnin-jumaat..........

Betapa pantasnya masa berlalu,tanpa aku sedari..dah hampir setengah bulan aku berkerja disini..mula2 memang tak biasa dengan tempat keje baru,kawan baru,semuanya dirasakan asing..tapi..dimana kita berada kita sepatutnya belajar untuk menyesuaikan diri..agar kita disenangi orang..tak kira siapa..sebenarnya aku amat bersyukur diberi peluang untuk keluar dari RA,bukan aku tak sayangkan kerja lama aku tu,tapi semakin lama semakin banyak kerja yang aku kena buat,tak dicampur lagi dengan hal remeh temeh yang ditimbulkan oleh majikan.Tapi memang aku tak menyangka..majikan aku begitu kejam hingga tidak membayar gaji terakhir aku.Bukan dia tak tahu,aku sudah berkeluarga,mempunyai 2 orang anak untuk disara,malah kerja baru aku tu paling lewat 3 bulan baru gaji masuk dalam akaun..nampak sangat dia memang berniat nak menjatuhkan aku.tapi aku bersyukur mempunyai suami yang amat memahami..sanggup berkongsi susah payah bersama..abang,terima kasih diatas segalanya...ditempat kerja baru,suasananya berlainan..adakalanya sibuk dari pagi ke petang,ada pula ketikanya selepas waktu rehat dah takde kerja..dahlah nak surve fb tak boleh,mati kutu la jugak....aku berdoa semoga penghijrahan aku ini tidak akan aku sesali sampai bila2...

No comments:

Post a Comment