Tuan Tanah..

Tuan Tanah..
Welcome To My Blog Dear...

Monday 30 August 2010

raya..........

raya semakin dekat.tak semangat pula rasanya tahun ni.apa taknya,duit pun dok meminjam orang..terfikir hutang2 lapuk..terasa beban kurasakan.takpe..pelan2 kayuh..minggu lepas aku ada kursus komputer 2 hari..rupanya susah jugak position aku ni..bila aku ada kursus,takde siapa yang ganti tempat aku.sudahnya surat2 jadi banyak..sakit mata memandang..adalah jugak kawan tu tolong2 sikit yang termampu..itupun nasib hari tu dia tak banyak keje nak kena buat.dibuatnya keje banyak,macammana..?yang aku pulak,tak boleh tengok surat banyak2 tersepuk tak diuruskan..terasa macam semak dalam bilik kecik ni...

bulan 10 ni kena gi kursus induksi pulak..7 hari beb...tak pernah berjauhan dengan suami,anak2 selama itu..agaknya apalah perasaannya erk..nanti aku bakal merasainya.bebanan tugas tu biarlah sesiapa yang tinggal yang uruskan..keje aku sekarang bukan mcm kat kedai dulu..kejar due date..

raya ni aku harap adalah perubahan dalam keluarga aku..walaupun aku dan ati tak sebulu..tapi aku harap sangat yang keruh dapat dijernihkan..keluarga kami bukan besar sangat pun..teringat zaman kecik2 dulu,bermain bersama..bersembang bersama..kenapalah semua ni berlaku..semua ni hanya kerana ego..aku harap benteng keegoannya akan hancur jugak satu masa nanti..

Tuesday 24 August 2010

Duit..Duit..Dimana kau...

herm...lagi berapa hari nak raya..bukanlah nak sangat raya..tapi memikirkan baju raya anak2 dan diri sendiri yang belum sepenuhnya dibeli membuatkan fikiranku runsing..kenapalah dugaan ni tuhan berikan kepada aku..mungkin untuk menguji dan untuk menjadi kesenangan di hari kemudian..pernah tak dengar,bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian..kesian tengok suami yang menanggung kos hidup kami anak beranak.mungkin aku dah biasa menolong meringgankan beban dia,bila situasi begini berlaku..terpaksa pasrah...

pada siapa lagi nak aku minta bantuan kewangan..duit simpanan pun dah tinggal sikit..takkan nak korek sampai tak tinggal sesen pun..aduai..semoga tuhan mempermudahkan jalan.apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...amin...

Thursday 12 August 2010

Kenangan...

kenapa aku letak tajuk hari ni kenangan?hahahaaha...aku tak sangka jumpa kawan lama kat kpkt ni..tapi sebab dia masuk awal dari aku,so..dia dah jadi senior akulah...masa belajar dulu dia junior..hehehhehe..bila dah lama tak jumpa,sekali jumpa,macam2 nak diborakkan...

masih segar dalam ingatan kenangan waktu kat poli dulu.rasa macam baru jer habis belajar..rupanya dah bertahun,masing2 dah ada anak dah pun..muka pun dah nampak matang..tapi aku belum lagi menyembang habis2 dengan dia,bebanan kerja membataskan kami nyembang sampai tak ingat orang..hehehe...tapi kira aku bersyukur,aku tak keseorangan kat sini..paling2,kalau masa susah adalah juga orang yang aku nak rujuk..erm..tiba2 aku blur nak taip apa ntah..sebenarnya kepala tgh pening,dr td dok tengok jam..bila lah jarum jam tu nak sampai ke angka 5..hr ni aku tumpang yean sampai lrt sultan ismail kot..malas aku nak berebut2 naik van tu..kalau terlambat sikit jer,dah sayonara..dah berebut2 lak nak tunggu van next trip depan pizza tu..belum tentu dapat naik dengan org yang ramai gler..dan dah tentu masa pun dah jadi lambat..jangan korang anggap aku ni sesuka jer nak naik kete dengan laki orang,aku dah inform laki aku tau..dia pun kenal yean ni..tengokla nanti,kalau tak menyusahkan,leh tumpang sampai bila2...balik jer la..kalau dia nak kenakan yuran pun takpe,asal aku tak terkejar2 sgt naik van tu..kalau di kursus atau outstation,kenala naik van..aik..aku ni lom apa2 dah merancang sesuatu..nanti aku bincangla dengan yean..kalau dia kata free,dah save budget dah tu..dah save dalam rm35.20...........ahaks...

Tuesday 10 August 2010

Salam Ramadhan Untuk Semua..

Salam semua..first day berpuasa..lapar belum rasa lagi,sebab ni pagi lagi.tapi mata rasa tak boleh bukak langsung..macam digam pulak.seawal pukul 4 pagi dah bangun masak untuk sahur.pukul 5,makan..pastu siapkan keperluan anak dan diri sendiri..sedar tak sdar dah pukul 7..bila kita buat keje,tak sedar masa begitu pantas berlalu..tapi kalau kita just duduk tunggu orang ke,tak buat apa ke,terasa betapa lambatnya masa bergerak...jarum jam macam tak berganjak2 pun kan...

Kali ni berpuasa ditempat kerja baru..Takde bezanya pun dengan tempat keje lama,cuma kali ni aku tak bersubahat dengan orang yang tak berpuasa..kalau dulu,aku terpaksa tengok orang meneguk air,hisap rokok,tapi kali ni puasa aku puasa yang bersih,insyaAllah...bukan aku tak pernah tegur orang yang tak berpuasa tu,tapi di ibaratkan bagai mencurah air kedaun keladi...Mungkin sudah menjadi kebiasaan agaknya...siapalah aku nak menegur lebih2,kerana aku sendiri pun serba kekurangan...

erm...sambung petang skit kot..aku nak layan mata sekejap..harap bos tak nampak ler..

Monday 9 August 2010

selamat pagi semua...

Pagi ni nak pi keje macam malas jer..azib tak sihat..badannya panas sangat,sampai timbul merah2..kalau org jawa kata "biduren"..sape org jawa kat sini,dia fahamla apa yang dimaksudkan dengan "biduren" tu..aku tak tahu kenapa,azib ni banyak sangat sakitnya.pantang silap skit,macam2 la nanti yang timbul..dan aku berterima kasih pada suami tersayang kerana sanggup ambil cuti menjaga azib.bab penjagaan anak,memang aku tabik kat suami aku yang sorang ni..susah nak jumpa seorang ayah yang sanggup bersekang mata menjaga anak yang sakit,menjaga makan minumnya..dalam dunia ni memang ada..tapi nisbahnya terlalu sedikit..

Dek kerana lapar pagi ni,aku gi beli nasi lemak kat depan watson..nasi lemak berlauk kerang,rm2.40..bagi aku ok lagila..tak sampai rm5,kira okla...tapi natijahnya aku ngantuk gler dsebabkan nasi lemak tu..nasi lemak tu bolehla..bukanlah dikira tahap the best,just boleh makanla..mungkin sambalnya belum kick lagi..hehehe...esok dah puasa,aku bersyukur,paling2 aku dapat save budget makan untuk sebulan.entah bila la agaknya gaji diorang nak bank in..harap sebelum raya..paling2 lepas raya,berduit la jugak nak gi keje.bila teringat gaji,sakit hati aku dengan ex-bos tak hilang2 lagi..menyampah!

Kelam kabut..

Aku rasa hari ni bangun pagi takde la lambat sangat..tapi mcmmana aku leh sampai KPKT lambat..konpius..konpius..mungkin badi hari isnin kot..setelah 2 hari dok rumah,cuti layan kerenah anak2...sekali nak masuk keje balik,semua jadi lambat..aku dah perasan dah tadi masa keluar rumah,kenapa terang semacam jer..rupanya dah lewat 10 minit dari biasa..sampai kat lrt pulak,lrt ke sentul timur baru jer berlepas..dah kena tunggu 5 ke 7 minit gak untuk train yang seterusnya..takpela..lepas ni kenala berjaga2..jangan lambat lagi..sampai kat masjid jamek,terlepas lak van..hantu betul...dah kena tunggu van yang seterusnya..tunggu org full dah dekat 5 minit..aduai..sudahnya aku lambat SEMINIT hari ni...bengang tak..seminit jer...buat sakit hati..kalau nak lambat,biarla lambat 15 minit ke..puas hati..dah tu nak balik,takleh nak hegeh2...kang tertinggal van pulak..yang tu lagi haru..terpaksa gi tunggu kat depan pizza huts..punyer ramai orang kat sana..dah kena berebut..dah pernah kena sekali,tak nak dah jadi lagi..huhuhu...erm..syok tulis blog,tengok jam lagi 15 minit nak balik,dah kena prepair apa2 yang patut ni..kang terlambat susah..naya jer...huhu..ok,sambung esok pulak..harap esok tak lambat dan kelam kabut mcm hari ni...aminnn.....

Thursday 5 August 2010

Isnin-jumaat..........

Betapa pantasnya masa berlalu,tanpa aku sedari..dah hampir setengah bulan aku berkerja disini..mula2 memang tak biasa dengan tempat keje baru,kawan baru,semuanya dirasakan asing..tapi..dimana kita berada kita sepatutnya belajar untuk menyesuaikan diri..agar kita disenangi orang..tak kira siapa..sebenarnya aku amat bersyukur diberi peluang untuk keluar dari RA,bukan aku tak sayangkan kerja lama aku tu,tapi semakin lama semakin banyak kerja yang aku kena buat,tak dicampur lagi dengan hal remeh temeh yang ditimbulkan oleh majikan.Tapi memang aku tak menyangka..majikan aku begitu kejam hingga tidak membayar gaji terakhir aku.Bukan dia tak tahu,aku sudah berkeluarga,mempunyai 2 orang anak untuk disara,malah kerja baru aku tu paling lewat 3 bulan baru gaji masuk dalam akaun..nampak sangat dia memang berniat nak menjatuhkan aku.tapi aku bersyukur mempunyai suami yang amat memahami..sanggup berkongsi susah payah bersama..abang,terima kasih diatas segalanya...ditempat kerja baru,suasananya berlainan..adakalanya sibuk dari pagi ke petang,ada pula ketikanya selepas waktu rehat dah takde kerja..dahlah nak surve fb tak boleh,mati kutu la jugak....aku berdoa semoga penghijrahan aku ini tidak akan aku sesali sampai bila2...