Tuan Tanah..

Tuan Tanah..
Welcome To My Blog Dear...

Monday 21 January 2013

HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE PRINCESS..

Hari ni genap umur yana 3 tahun..
betapa pantasnya lah masa berlalu..
seronok dan kadangkala geram dengan keletahnya yang macam-macam..
kadang-kadang boleh hilang sabar dibuatnya..


Aku bersyukur dengan kurniaan Ilahi, Allah telah memberikan aku sebuah keluarga yang amat membahagiakan..Dan insyaAllah akan aku pertahankan sehingga hujung nyawaku.Walaupun kehidupan kami tak semewah mana,namun aku bersyukur dengan apa yang telah kami perolehi..Dan yang paling membahagiakan hubungan antara azib dan yana sangat rapat.Aku percaya,Azib bakal menjadi abang,pelindung kepada yana apabila dewasa kelak..




Gambar ini diambil waktu kami ke kemaman sempena majlis perkahwinan pakcik mereka.Di tepi pantai yang tak berapa nak pantai..Mereka pandai bawa diri dan aku tak susah nak biarkan mereka bersama sesiapa pun dalam ahli keluarga..Mereka pandai bergaul..





Gambar ni diambil pada hari raya yang lalu,pada tahun 2012..
InsyaAllah untuk raya tahun 2013,kami tidak lagi berempat..cuma masih belum dipastikan yang bakal hadir ni lelaki atau pun perempuan.Aku tak kisah,asalkan sihat sempurna,Alhamdulillah....



Sempena HARIJADI yana ni,aku dah planing nak buat kek sendiri..Sebenarnya aku tak pernah buat kek.Tapi tak tahu kenapa,berkobar-kobar semangat nak buat kek pada kali ni.Tapi untuk hari ni,pada hari lahir dia ni,aku terpaksa membeli kek segera di kedai,kerana tiada masa lagi untuk aku membakar kek..insyaAllah,cuti panjang ni akan aku usahakan..demi untuk anak kesayangan..siapa tahu,tangan ni mampu buat kek setanding dengan yang kat kedai..puas aku baca pemilik blog-blog yang terrer buat kek..untuk permulaan aku just nak buat kek yang simple jer.kenalah bermula dari bawah kan..takkan nak terus buat yang susah-susah..Untuk hari ni aku planning nak beli kek american coklat jer..nanti bila dah ada gambar akan aku update,key...

Dan...insyaAllah akan disertakan kek buatan tangan aku sendiri.....
doakan aku berjaya ....


Tuesday 28 June 2011

Cermin Mata baru Ku...........

Sebenarnya bukanlah rabun sangat pun..tapi bila mengadap komputer,tengok benda yang jauh,mata jadi berkunang2..pastu pening..cek mata hari tu,cina tu ckp rabun jauh aku ni diperingkat awal lagi...tak pakai pun ok..tp aku rasa tak selesa..aku buat la jugak spek..dan..ini lah wajah terbaru aku bila dah pakai spek ni..huhu...jamu mata anda----------





Ada member yang cakap okey...dan ada jugak yang kata bolehla..nampak matang..walau apa pun yang mereka cakap tentang aku,aku terima dengan hati yang terbuka..cuma,bila pakai spek ni,aku rasa kecantikan semulajadi tu terselindung..maklumla..aku punyai bulu mata yang lentik,menawan..(perasan la pulak..)..bila dah pakai spek,terlindungla disebalik cermin...pastu rasa tak selesa,mcm ada sesuatu yang bertenggek kat batang hidung..buat masa ni aku guna time buat keje yang menggunakan komputer..jarang2 aku pakai untuk keluar..untuk lebih fokus..saje je aku poss gambar spek brand BONIA yang aku beli tu...jamu la lagi mata tu,key.....









Sekian saja untuk kali ini...tq....huhu..















































Thursday 16 June 2011

Rabun sudah...

Setiap hari sabtu aku mesti bawak anak2 jalan kat galaxy belakang rumah tu..budak2 tu pun memang dah tahu,kalau tak ajak jalan,mulala meragam satu macam..bukanlah nak ikutkan sangat teletah anak2..tapi apa salahnya bawak mereka keluar dan biasakan diri dengan persekitaran..aku lebih memandangnya dari sudut positif dr negatif..

lalu depan kedai cermin mata--tergerak hati nak cek mata.buat pengetahuan sesaper yang bc blog aku ni,aku kerap sakit kepala dan kadang2 penglihatan mcm kabur2 kalau tengok sesuatu yang jauh..kalau lepas tengok komputer lagila..berkunang2 je rasa mata ni..bila dah cek,jurujual cantik manis tu kata aku ada rabun jauh..masih diperingkat awal..silau ada sikit disebelah kiri..so,aku tanyala pendapat dia..perlu ke aku pakai cermin mata..kadang bila fikir,mcm bodoh punye soalan,dah tentula dia kata perlu,kan dia jual cermin mata...seperti yang aku fikirkan,dia kata,memang perlu..akan buat kita selesa dan dalam masa yang sama takkan menjadikan mata bertambah teruk sebab tekanan yang kita lakukan..kira fokus pada sesuatu dengan kadar yang melampaula--sebab pandangan kabur..so,aku tengokla cermin mata yang dia promote..aku tgk yang harga paling rendah..rm128 kalau tak silap..try punye try..tak best..tgk plak barisan sebelah kanan..ada nampak half frem yang cantik..dia ckp harga tak sama..yang ni rm168 pulak..urm..masih under budget..(dalam hati)..tapi sebab aku masih merasakan was2 nak pakai cermin mata,aku ckpla dengan jurujual tu aku akan datang lagi minggu depan.dalam masa yang sama,aku nak fikir semasak-masaknya..hehehe...

Dalam masa seminggu tu mata aku memang buat aku tak selesa..ditambah lagi dengan pening kepala yang kadang2 datang..dalam hati,tak bley jadi..nak kena beli gak ni....so,pergi balik kedai tu,jurujual nampak jer muka aku,dia dah senyum..nasib kenal aku lagi..pandang kanan,pandang kiri..tanya dia harga spek yang berjenama..design pun cun..jenama bonia...hurm...sebab dah minat,beli je la...lagipun nak pakai lama..mungkin beli mahal dapatlah bertahan lama sikit..tapi tengok jugak cara penjagaannya mcm mana..

so..petang ni aku dah boleh ambik spek aku dah..tak sabar sangat..nanti aku post kat sini..aku harap sesuaila dengan muka aku..huhu..dan yang penting janganla ramai sangat yang bertanya,malas dah nak menjawab..

Wednesday 27 April 2011

HTC-----Nak beli sangat2...






Kalau ikut hati---kadang2 benda yang tak perlu pun rasa nak beli jer..kan?kan?kan?



Itulah dia dinamakan naluri manusia..suka sesuatu yang baru dan menarik..
Hari tu tergila2 kan hp motorola defy..tp bila HTC keluar dengan bermcm2 design dan kelebihan..hati dah mula bertukar arah...sekarang ni nak tdo ke..nak makan ke..masa senggang jer teringat hp HTC..tp sebab dia banyak sangat model..masih lagi terfikir2 nak beli yang mana satu..lagi canggih,dah tentulah lagi mahal harganya....jom kita tengok hp yang tengah saya intai-intai ni.....huhuhuhuuh....






HTC DESIRE S..............................

Cun kan design dia....tapi ni survey2 harga dia mencecah rm1500..harga rasanya ikut kedai..tak semua kedai bagi harga yang serupa..memang teringin gila2....tapi....mahal lah kan....?????








SAMSUNG GALAXY TAB...

Tapi ada jugak tengok2 galaxy tab..kalau main internet sure puas hati..skrin besar..main games pun mesti rasa real jer..tapi nak angkat phone tu yang tak best..kena pakai speaker..tu jerla kelemahannya..aku masih lagi tercari2 model yang sesuai dengan jiwa dan raga...harap awal tahun depan aku beli hp yang memang sesuai dan praktikal untuk diri aku...






















































































































Sunday 24 April 2011

terasing di antara mereka-mereka........



dah 9 bulan rupanya aku keje kat kpkt ni....ramai dah orang yang aku jumpa..


ada yang ikhlas berkawan dengan aku..dan ada juga yang hanya menjadi kawan sebentar cuma..



sebenarnya aku keciwa dengan sikap segelintir orang di sini.semasa mereka sunyi tak berkawan,mereka cari aku..bila mereka dah punyai kawan..pandang kita pun susah.bercakap pun tak semesra mana..senyum pun macam terpaksa..aku pun ada hati dengan perasaan jugak..entahla....kat sini aku titipkan gambar2 kawan2 di kpkt..



bukan semua mereka berperangai menjengkel kan..ada yang sangat baik dan ikhlas.....






Aku harap...aku dapat menyesuaikan diri di kalangan mereka2 ni.................















Tuesday 8 February 2011

pilih kasih ker tu..?

sajer je tengah boring2 ni..bos pun semua takde..terlibat dengan majlis di luar kpkt...
15/2/2011 ni hari maulid nabi..sudah tentunya ada majlis yang akan dibuat..dan sudah tentu juga ada la kain sutera batik free yang akan diberi pada pihak yang terlibat..tapi yang sakit hatinya,pihak yang terlibat tu adalah pihak yang sama setiap tahun..langsung tak bagi peluang pada orang lain untuk melibatkan diri..mungkin kerana ada barang 'free' ni tadi,yang menjadikan orang yang ada pengaruh skit tiap2 tahun dapat peluang tu..adil kah?ini tidak adil..


tapi siapa lah kita ni nak menyuarakan ketidakpuasan hati pada pegawai atasan tu,kan...so...terima je la...sampai bila2 pun berhentilah berharap nama kita akan naik.....
rasa lega sikit bila luah kat dalam blog ni...huh...