Tuan Tanah..

Tuan Tanah..
Welcome To My Blog Dear...

Monday 30 August 2010

raya..........

raya semakin dekat.tak semangat pula rasanya tahun ni.apa taknya,duit pun dok meminjam orang..terfikir hutang2 lapuk..terasa beban kurasakan.takpe..pelan2 kayuh..minggu lepas aku ada kursus komputer 2 hari..rupanya susah jugak position aku ni..bila aku ada kursus,takde siapa yang ganti tempat aku.sudahnya surat2 jadi banyak..sakit mata memandang..adalah jugak kawan tu tolong2 sikit yang termampu..itupun nasib hari tu dia tak banyak keje nak kena buat.dibuatnya keje banyak,macammana..?yang aku pulak,tak boleh tengok surat banyak2 tersepuk tak diuruskan..terasa macam semak dalam bilik kecik ni...

bulan 10 ni kena gi kursus induksi pulak..7 hari beb...tak pernah berjauhan dengan suami,anak2 selama itu..agaknya apalah perasaannya erk..nanti aku bakal merasainya.bebanan tugas tu biarlah sesiapa yang tinggal yang uruskan..keje aku sekarang bukan mcm kat kedai dulu..kejar due date..

raya ni aku harap adalah perubahan dalam keluarga aku..walaupun aku dan ati tak sebulu..tapi aku harap sangat yang keruh dapat dijernihkan..keluarga kami bukan besar sangat pun..teringat zaman kecik2 dulu,bermain bersama..bersembang bersama..kenapalah semua ni berlaku..semua ni hanya kerana ego..aku harap benteng keegoannya akan hancur jugak satu masa nanti..

No comments:

Post a Comment