Tuan Tanah..

Tuan Tanah..
Welcome To My Blog Dear...

Tuesday 10 August 2010

Salam Ramadhan Untuk Semua..

Salam semua..first day berpuasa..lapar belum rasa lagi,sebab ni pagi lagi.tapi mata rasa tak boleh bukak langsung..macam digam pulak.seawal pukul 4 pagi dah bangun masak untuk sahur.pukul 5,makan..pastu siapkan keperluan anak dan diri sendiri..sedar tak sdar dah pukul 7..bila kita buat keje,tak sedar masa begitu pantas berlalu..tapi kalau kita just duduk tunggu orang ke,tak buat apa ke,terasa betapa lambatnya masa bergerak...jarum jam macam tak berganjak2 pun kan...

Kali ni berpuasa ditempat kerja baru..Takde bezanya pun dengan tempat keje lama,cuma kali ni aku tak bersubahat dengan orang yang tak berpuasa..kalau dulu,aku terpaksa tengok orang meneguk air,hisap rokok,tapi kali ni puasa aku puasa yang bersih,insyaAllah...bukan aku tak pernah tegur orang yang tak berpuasa tu,tapi di ibaratkan bagai mencurah air kedaun keladi...Mungkin sudah menjadi kebiasaan agaknya...siapalah aku nak menegur lebih2,kerana aku sendiri pun serba kekurangan...

erm...sambung petang skit kot..aku nak layan mata sekejap..harap bos tak nampak ler..

No comments:

Post a Comment