Tuan Tanah..

Tuan Tanah..
Welcome To My Blog Dear...

Monday 21 January 2013

HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE PRINCESS..

Hari ni genap umur yana 3 tahun..
betapa pantasnya lah masa berlalu..
seronok dan kadangkala geram dengan keletahnya yang macam-macam..
kadang-kadang boleh hilang sabar dibuatnya..


Aku bersyukur dengan kurniaan Ilahi, Allah telah memberikan aku sebuah keluarga yang amat membahagiakan..Dan insyaAllah akan aku pertahankan sehingga hujung nyawaku.Walaupun kehidupan kami tak semewah mana,namun aku bersyukur dengan apa yang telah kami perolehi..Dan yang paling membahagiakan hubungan antara azib dan yana sangat rapat.Aku percaya,Azib bakal menjadi abang,pelindung kepada yana apabila dewasa kelak..




Gambar ini diambil waktu kami ke kemaman sempena majlis perkahwinan pakcik mereka.Di tepi pantai yang tak berapa nak pantai..Mereka pandai bawa diri dan aku tak susah nak biarkan mereka bersama sesiapa pun dalam ahli keluarga..Mereka pandai bergaul..





Gambar ni diambil pada hari raya yang lalu,pada tahun 2012..
InsyaAllah untuk raya tahun 2013,kami tidak lagi berempat..cuma masih belum dipastikan yang bakal hadir ni lelaki atau pun perempuan.Aku tak kisah,asalkan sihat sempurna,Alhamdulillah....



Sempena HARIJADI yana ni,aku dah planing nak buat kek sendiri..Sebenarnya aku tak pernah buat kek.Tapi tak tahu kenapa,berkobar-kobar semangat nak buat kek pada kali ni.Tapi untuk hari ni,pada hari lahir dia ni,aku terpaksa membeli kek segera di kedai,kerana tiada masa lagi untuk aku membakar kek..insyaAllah,cuti panjang ni akan aku usahakan..demi untuk anak kesayangan..siapa tahu,tangan ni mampu buat kek setanding dengan yang kat kedai..puas aku baca pemilik blog-blog yang terrer buat kek..untuk permulaan aku just nak buat kek yang simple jer.kenalah bermula dari bawah kan..takkan nak terus buat yang susah-susah..Untuk hari ni aku planning nak beli kek american coklat jer..nanti bila dah ada gambar akan aku update,key...

Dan...insyaAllah akan disertakan kek buatan tangan aku sendiri.....
doakan aku berjaya ....


No comments:

Post a Comment