Tuan Tanah..

Tuan Tanah..
Welcome To My Blog Dear...

Wednesday, 27 April 2011

HTC-----Nak beli sangat2...






Kalau ikut hati---kadang2 benda yang tak perlu pun rasa nak beli jer..kan?kan?kan?



Itulah dia dinamakan naluri manusia..suka sesuatu yang baru dan menarik..
Hari tu tergila2 kan hp motorola defy..tp bila HTC keluar dengan bermcm2 design dan kelebihan..hati dah mula bertukar arah...sekarang ni nak tdo ke..nak makan ke..masa senggang jer teringat hp HTC..tp sebab dia banyak sangat model..masih lagi terfikir2 nak beli yang mana satu..lagi canggih,dah tentulah lagi mahal harganya....jom kita tengok hp yang tengah saya intai-intai ni.....huhuhuhuuh....






HTC DESIRE S..............................

Cun kan design dia....tapi ni survey2 harga dia mencecah rm1500..harga rasanya ikut kedai..tak semua kedai bagi harga yang serupa..memang teringin gila2....tapi....mahal lah kan....?????








SAMSUNG GALAXY TAB...

Tapi ada jugak tengok2 galaxy tab..kalau main internet sure puas hati..skrin besar..main games pun mesti rasa real jer..tapi nak angkat phone tu yang tak best..kena pakai speaker..tu jerla kelemahannya..aku masih lagi tercari2 model yang sesuai dengan jiwa dan raga...harap awal tahun depan aku beli hp yang memang sesuai dan praktikal untuk diri aku...






















































































































Sunday, 24 April 2011

terasing di antara mereka-mereka........



dah 9 bulan rupanya aku keje kat kpkt ni....ramai dah orang yang aku jumpa..


ada yang ikhlas berkawan dengan aku..dan ada juga yang hanya menjadi kawan sebentar cuma..



sebenarnya aku keciwa dengan sikap segelintir orang di sini.semasa mereka sunyi tak berkawan,mereka cari aku..bila mereka dah punyai kawan..pandang kita pun susah.bercakap pun tak semesra mana..senyum pun macam terpaksa..aku pun ada hati dengan perasaan jugak..entahla....kat sini aku titipkan gambar2 kawan2 di kpkt..



bukan semua mereka berperangai menjengkel kan..ada yang sangat baik dan ikhlas.....






Aku harap...aku dapat menyesuaikan diri di kalangan mereka2 ni.................















Tuesday, 8 February 2011

pilih kasih ker tu..?

sajer je tengah boring2 ni..bos pun semua takde..terlibat dengan majlis di luar kpkt...
15/2/2011 ni hari maulid nabi..sudah tentunya ada majlis yang akan dibuat..dan sudah tentu juga ada la kain sutera batik free yang akan diberi pada pihak yang terlibat..tapi yang sakit hatinya,pihak yang terlibat tu adalah pihak yang sama setiap tahun..langsung tak bagi peluang pada orang lain untuk melibatkan diri..mungkin kerana ada barang 'free' ni tadi,yang menjadikan orang yang ada pengaruh skit tiap2 tahun dapat peluang tu..adil kah?ini tidak adil..


tapi siapa lah kita ni nak menyuarakan ketidakpuasan hati pada pegawai atasan tu,kan...so...terima je la...sampai bila2 pun berhentilah berharap nama kita akan naik.....
rasa lega sikit bila luah kat dalam blog ni...huh...

Tuesday, 18 January 2011

anak-anak ku semakin membesar..

Diam tak diam,dah setahun usia yana..anak bongsu ku...........dalam pada itu macam2 perangai yang dapat aku lihat..adakalanya membawa tawa berpanjangan..yana dah pandai merajuk kalau dimarah..dia faham apa yang kita kata..kalau kita marah dia,dia senyap je,muka pandang ke lantai atau pandang tempat lain,mulut lak muncung jer..macam buat2 tak dengar apa yang kita cakap kat dia..sometimes...dia boleh gelak bila kita marah..dia ingat kita main2 agaknya..yerla...apalah dia faham tentang kehidupan..anak2 ibarat kain putih,putih bersih..kitalah yang mencorakkan nya..aku harap,aku dan is dapat mencorakkan anak2 kami dengan corak yang cantik dan terbaik...











lihatlah telatah yana dan azib..huhu..............panjat memanjat memang favorite yana sekarang ni..





Tengokla..puting tak boleh tinggal tu..kalau tidur..perasan puting takde kat mulut,mula la mulut pun berbunyi..huhu...aduhai anak ku..jangan jonggang sudah..




Azib punye hal lagi pening.........semakin besar,semakin nakal.......tapi kata orang,kanak2 yang aktif tu petanda kanak2 pintar..harap2 la ye..









Monday, 30 August 2010

raya..........

raya semakin dekat.tak semangat pula rasanya tahun ni.apa taknya,duit pun dok meminjam orang..terfikir hutang2 lapuk..terasa beban kurasakan.takpe..pelan2 kayuh..minggu lepas aku ada kursus komputer 2 hari..rupanya susah jugak position aku ni..bila aku ada kursus,takde siapa yang ganti tempat aku.sudahnya surat2 jadi banyak..sakit mata memandang..adalah jugak kawan tu tolong2 sikit yang termampu..itupun nasib hari tu dia tak banyak keje nak kena buat.dibuatnya keje banyak,macammana..?yang aku pulak,tak boleh tengok surat banyak2 tersepuk tak diuruskan..terasa macam semak dalam bilik kecik ni...

bulan 10 ni kena gi kursus induksi pulak..7 hari beb...tak pernah berjauhan dengan suami,anak2 selama itu..agaknya apalah perasaannya erk..nanti aku bakal merasainya.bebanan tugas tu biarlah sesiapa yang tinggal yang uruskan..keje aku sekarang bukan mcm kat kedai dulu..kejar due date..

raya ni aku harap adalah perubahan dalam keluarga aku..walaupun aku dan ati tak sebulu..tapi aku harap sangat yang keruh dapat dijernihkan..keluarga kami bukan besar sangat pun..teringat zaman kecik2 dulu,bermain bersama..bersembang bersama..kenapalah semua ni berlaku..semua ni hanya kerana ego..aku harap benteng keegoannya akan hancur jugak satu masa nanti..

Tuesday, 24 August 2010

Duit..Duit..Dimana kau...

herm...lagi berapa hari nak raya..bukanlah nak sangat raya..tapi memikirkan baju raya anak2 dan diri sendiri yang belum sepenuhnya dibeli membuatkan fikiranku runsing..kenapalah dugaan ni tuhan berikan kepada aku..mungkin untuk menguji dan untuk menjadi kesenangan di hari kemudian..pernah tak dengar,bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian..kesian tengok suami yang menanggung kos hidup kami anak beranak.mungkin aku dah biasa menolong meringgankan beban dia,bila situasi begini berlaku..terpaksa pasrah...

pada siapa lagi nak aku minta bantuan kewangan..duit simpanan pun dah tinggal sikit..takkan nak korek sampai tak tinggal sesen pun..aduai..semoga tuhan mempermudahkan jalan.apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...amin...